fbpx
WANITA itu dilihat keluar dari rumah dan menaiki kereta suami Rina. - TikTok

Isteri keluar, suami bawa kekasih pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan kisah seorang wanita dicurangi suaminya ketika dia berada di luar bandar, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Wanita itu memuat naik rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dalam akaun TikTok @rinayuliaaana, memaparkan suaminya membawa wanita lain ke rumah mereka.

Rakaman tersebut dibuat di luar kediaman mereka. Ia menunjukkan wanita itu keluar dari kediaman tersebut menuju ke kereta lelaki berkenaan. Kereta itu diletakkan di hadapan rumahnya dan isterinya.

Rina tidak menyangka suaminya menjalinkan hubungan dengan wanita lain dan memfitnah dirinya seorang isteri yang tidak baik.

“Pengkhianatan yang tidak pernah saya bayangkan, dikhianati di istana (rumah) saya sendiri. Sehingga hari ini, saya tidak mengakui dan meminta maaf pun. Awak memfitnah saya sebagai isteri jahat untuk menutup segala kesalahan awak,” tulisnya.

Rakaman memaparkan suami Rina keluar dari rumah dan mendekati kereta. Beberapa minit kemudian, seorang wanita muncul dan masuk ke dalam kereta.

“Aku terlihat bodoh kerana tidak kenal engkau yang aku jadikan suami. Saya tidak sedar pernah dikhianati sebelum ini,” katanya.

Pasangan itu sudah berkahwin selama sembilan tahun.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Padahal isteri sudah cantik, lupa dia ada seorang anak perempuan. Bersabarlah dik, semoga rumah tangga kamu sentiasa dalam lindungan Allah,” kata seorang netizen. – Agensi

 

POPULAR