fbpx

Mesyuarat jemput MP BN, bila tiba PH pun ada – Wee Ka Siong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong

PETALING JAYA – Ahli Parlimen BN Ayer Hitam, Datuk Wee Ka Siong menegaskan bahawa tiada sebarang perjumpaan di antara Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan wakil Pakatan Harapan (PH) di Hotel Seri Pacific, hari ini.

Sebelum itu katanya, beliau telah menerima notis melalui aplikasi WhatsApp daripada Setiausaha Kerja BN pada jam 11.23 malam semalam mengatakan perjumpaan itu hanya melibatkan Ahli-Ahli Parlimen BN sahaja.

“Saya terkilan apabila sebaik saja tiba di Seri Pacific Hotel, pemimpin-pemimpin PH turut hadir dalam perjumpaan ini. Saya tidak tahu sama ada ia telah diatur terlebih awal atau kebetulan.

“Perlu ditegaskan tiada sebarang perjumpaan di antara Ahli Parlimen BN dan wakil PH berlangsung ketika saya berada di Seri Pacific Hotel dari 10 pagi hingga 12 tengahari,” katanya.

Apa yang pasti katanya, beliau hanya menghadiri perjumpaan bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan semua Ahli Parlimen BN sahaja.

“Pagi tadi saya menghadiri perjumpaan Pengerusi BN dengan semua Ahli Parlimen BN pada jam 10 pagi di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

“Selepas perjumpaan dan sidang media bersurai, saya tidak terlibat dalam mana-mana perbincangan, pertemuan samada kebetulan atau tidak dengan pemimpin-pemimpin PH.

“Apa jua keputusan yang dibuat oleh BN perlu mendapat persetujuan dan mandat daripada Dewan Tertinggi BN,” katanya.

Sebelumnya, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, seramai 26 Ahli Parlimen BN hadir dalam perjumpaan di Hotel Seri Pacific di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, empat orang tidak hadir, termasuk dua yang kurang sihat.

“Maklum balas perundingan akan dibawa ke Majlis Tertinggi BN,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI