fbpx

Korban gempa di Jawa Barat meningkat 44 orang, ribuan rumah rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMUSNAHAN yang berlaku selepas gempa cetek menggegarkan rantau Cianjur. – BPBD CIANJUR

CIANJUR – Angka korban akibat gempa bumi cetek bermagnitud 5.6  yang menggegarkan Pulau Jawa hari ini meningkat kepada sekurang-kurangnya 44 orang, manakala 700 yang lain cedera kata beberapa pegawai.

Gempa itu berpusat di rantau Cianjur, Jawa Barat dan dirasai sehingga ke Jakarta pada jarak  100 kilometer.

“Terdapat berpuluh-puluh mangsa terkorban. Setakat ini 44 orang telah meninggal dunia,” kata Adam selaku jurucakap pentadbiran bandar Cianjur kepada agensi berita AFP.

Beliau memberitahu, beribu-ribu kediaman dipercayai rosak dalam bencana itu.

Pentadbir bandar Cianjur, Herman Suherman berkata, 20 kematian dicatatkan di sebuah hospital di bandar itu sahaja. Menurutnya, ramai penduduk di perkampungan berdekatan masih menunggu untuk berpindah.

Cianjur merupakan bandar  paling teruk terjejas dalam bencana alam tersebut

Menurut media tempatan, sebilangan kedai, sebuah sekolah dan sebuah madrasah di Cianjur rosak teruk akibat dilanda gempa bumi.

Dalam perkembangan sama, ketua polis Cianjur, Doni Hermawan memberitahu Metro TV bahasa pihak berkuasa telah menyelamatkan seorang wanita dan seorang bayi dalam kejadian tanah runtuh tetapi mangsa ketiga yang mereka temui, meninggal dunia akibat kecederaan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI