fbpx

[VIDEO] Harap semua bersabar – Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat bersabar berikutan kemelut politik yang melanda ketika ini.

Titah Seri Paduka Baginda, bagaimanapun, Kerajaan Caretaker masih berjalan seperti biasa.

“Harap semua bersabar dan bertenang. Saya tidak akan keluarkan apa-apa kenyataan.

“Semua pihak boleh rujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara,” titah baginda.

Baginda berkata demikian ketika berkenan bertemu dan menyampaikan bungkusan makanan kepada pengamal media yang berkumpul di hadapan pintu 2 Istana Negara di sini hari ini.

Terdahulu, Istana Negara dalam kenyataan berkata, Seri Paduka berkenan melanjutkan proses bagi ketua dan gabungan parti-parti politik mengemukakan gabungan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan pencalonan Perdana Menteri Malaysia ke-10 sehingga pukul 2 petang esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI