fbpx

PRU15: Pas syukur PN sapu bersih 14 kerusi Parlimen Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad pada sidang akhbar selepas menyaksikan keputusan PRU15 di Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan, Kota Bharu sebentar tadi. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN

KOTA BHARU – Pas Kelantan bersyukur apabila Perikatan Nasional (PN) mampu menyapu bersih kesemua 14 kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PN Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, apa yang disaksikan malam ini merupakan gelombang luar biasa dibawa oleh rakyat terutama oleh pengundi-pengundi muda.

Menurutnya, rakyat telah lama memerhati terutamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan mereka mahu kepada keadaan terbaik pada PRU15.

“Sokongan rakyat Kelantan kepada Pas dan PN terbukti hari ini melalui majoriti berganda berbanding PRU14 lalu seperti di Tumpat, Pengkalan Chepa dan Tanah Merah.

“Rakyat mahukan keadaan terbaik dan memberi kepercayaan kepada PN terutamanya di Kelantan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan keputusan PRU15 di Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan di sini sebentar tadi.

Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Kelantan memaklumkan, keputusan PRU15 turut menunjukkan sokongan anak-anak muda yang memberi kerjasama tinggi kepada PN.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI