fbpx

PRU15: Adam Adli tidak mahu jadi ‘kaki ponteng’ Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adam Adli

MELAKA – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli mahu memastikan kehadirannya di sidang Dewan Rakyat mencapai 100 peratus selepas diberikan mandat oleh rakyat bagi kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), malam tadi.

Beliau yang sebelum ini pernah digantung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga tidak mahu menjadi ‘kaki ponteng’ dalam persidangan penting yang membahaskan segala isu rakyat dan negara.

“Saya mahu kehadiran saya di Parlimen mencapai 100 peratus, berdisplin dan tidak menjadi Ahli Parlimen kaki ponteng.

“Tugas sebagai Ahli Parlimen adalah untuk membawa suara rakyat ke Parlimen, jadi kehadiran itu adalah satu tanggungjawab yang harus dipenuhi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kemenanganya menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd. Ridhwan Mohd. Ali dengan majoriti 8,638 undi, beliau memberitahu kejayaan itu dijangkakan.

Katanya lagi, dia merancang untuk mewujudkan pusat khidmat setelit di sekitar Ayer Molek dekat sini untuk perkhidmatan yang lebih efisyen kepada rakyat.

Keputusan PRU15 bagi Parlimen Hang Tuah Jaya malam tadi menyaksikan Mohd. Ridhwan Mohd. Ali sekadar meraih 30,780 undi dan Mohd. Azrudin Md. Idris dari Perikatan Nasional (PN) pula memperoleh 23,549 undi.

Calon Gerakan Tanah Air (GTA), Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh berada pada situasi hilang deposit apabila sekadar meraih 739 undi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI