fbpx

Penyatuan UMNO, BN dengan PH tidak diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naib Ketua UMNO Bahagian-Bahagian Malaysia

PETALING JAYA- Sebarang perbincangan dan usaha menyatukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) adalah tidak diterima, ujar Naib Ketua UMNO Bahagian-Bahagian Malaysia.

Pengerusinya, Datuk Muhammad Anuar Mohd Yunus, menerusi satu kenyataan akhbar berkata, UMNO tidak sehaluan dengan PH dalam memperjuangkan masa depan Melayu dan Bumiputera.

“PH yang dikuasai oleh Democratic Action Party (DAP) adalah suatu pengkhianatan paling besar dan siapa yang bersekongkol dengan PH tidak boleh dikompromi daripada ditolak parti,” katanya.

Tambah Anuar, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga didesak untuk melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN serta-merta, bagi bertanggungjawab terhadap kekalahan yang memalukan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 ini.

“Kami juga meminta agar Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO sebagai tanda bertanggungjawab atas kekhilafan strategi dan calon-calon yang dipertaruh BN.

“Berikutan itu, pemimpin-pemimpin UMNO yang jelas dilihat dekat di hati rakyat hendaklah diberikan tempat dengan segera dalam kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut berkata pihaknya akan meneliti kembali pola kekalahan BN di kawasan-kawasan yang selama ini diberikan mandat oleh rakyat setempat untuk berkhidmat di kawasan tersebut.

“Naib Ketua UMNO Bahagian-Bahagian Malaysia tidak ada kompromi dalam memastikan UMNO terus relevan di hati rakyat dan keterbukaan para pemimpin tertinggi parti adalah disanjung tinggi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI