fbpx

Pemimpin politik Sabah keluar dari kediaman Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan rasmi yang membawa pemimpin politik Sabah di pekarangan pekarangan kediaman Pengerusi Perikatan Nasional.

KUALA LUMPUR – Kumpulan terakhir dipercayai delegasi kepimpinan politik Sabah dilihat keluar dari pekarangan kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.

Sebanyak tujuh kenderaan rasmi yang mempunyai Jata Ahli Parlimen Sabah keluar pada pukul 7 malam selepas mengadakan pertemuan lebih sejam bersama Muhyiddin.

Kelibat pemimpin Sabah itu dilihat seiring dengan kenyataan Muhyiddin menyatakan telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Terdahulu, beberapa pemimpin tertinggi PN juga dilihat memasuki kediaman Presiden Bersatu itu sejak pagi tadi.

Antara yang hadir, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang, Timbalannya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari.

Terdahulu, Muhyiddin juga telah menerima kunjungan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pertemuan pemimpin-pemimpin PN yang berlangsung di kediaman Muhyiddin itu hari ini merupakan sebahagian usaha untuk membentuk kerajaan.

Ia susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang menyaksikan tiada mana-mana parti politik memperoleh majoriti 50 peratus daripada 219 kerusi parlimen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI