fbpx

Letupan paip Nord Stream berpunca daripada perbuatan sabotaj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikeluarkan pada 30 September lalu menunjukkan satu daripada empat kebocoran gas di salah satu saluran paip gas Nord Stream yang rosak di Laut Baltic. - AFP

STOCKHOLM – Letupan yang berlaku pada saluran paip gas Nord Stream September lalu adalah berpunca daripada tindakan sabotaj, kata pendakwa raya Sweden kelmarin selepas bukti bahan letupan ditemui di tapak itu oleh penyiasat, lapor stesen penyiaran CNN.

Menerusi satu kenyataan, pendakwa raya yang mengetuai siasatan awal, Mats Ljungqvist menyifatkan insiden itu sebagai ‘sabotaj besar-besaran’, sambil menambah bahawa kesan bahan letupan ditemui di lokasi kejadian.

Siasatan awal akan diteruskan dan sebarang pertuduhan masih belum ditentukan, kata kenyataan tersebut. Pejabat pendakwa raya bagaimanapun enggan memberi komen lanjut.

Pihak berkuasa Sweden dan Denmark telah menyiasat empat lubang di saluran paip Nord Stream 1 dan 2 yang menghubungkan Russia dan Jerman melalui Laut Baltic.

Kedua-dua saluran paip itu menjadi isu utama dalam ‘perang tenaga’ yang semakin meningkat antara negara-negara Eropah dan Moscow yang menjejaskan ekonomi utama Barat. 

Ia telah menyebabkan harga gas melambung tinggi dan mencetuskan pencarian bekalan tenaga alternatif sejak Russia menyerang Ukraine pada Februari lalu.

Negara-negara Barat sebelum ini berkata bahawa kebocoran itu yang pertama kali dikesan pada 26 September, berkemungkinan berlaku akibat sabotaj. Denmark bulan lalu berkata, siasatan awal menunjukkan ia berpunca daripada letupan kuat.

Saluran paip Nord Stream 1 dan 2 dicipta untuk menyalurkan gas dari Russia ke Kesatuan Eropah (EU), dan sudah lama mencetuskan kontroversi sebelum Moscow melancarkan perang ke atas Ukraine.

Saluran paip itu memberikan Russia pengaruh yang ketara ke atas Eropah namun, sehingga tahun ini, negara-negara benua itu enggan melepaskan tawaran tenaga Russia disebabkan potensi kenaikan harga. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI