fbpx

Kaki pancing terperangkap dalam air pasang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua kaki pancing terselamat selepas terperangkap di atas batu ketika kejadian air laut pasang di kawasan Permatang Pasir, Balik Pulau di sini malam tadi.

GEORGE TOWN – Dua kaki pancing berdepan detik cemas apabila terperangkap di atas batu ketika air laut pasang di kawasan Permatang Pasir, Pulau Betong, Balik Pulau di sini semalam.

Mangsa, Nizamudin Azam, 37, dan Mohamad Amirul Amin Azman, 28, bagaimanapun berjaya diselamatkan pasukan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang sebaik salah seorang daripadanya menghubungi pusat operasi kira-kira pukul 10.10 malam.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, sebaik menerima laporan tersebut, bot ronda PERKASA 1220 telah diatur gerak ke lokasi aduan bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Setiba di sana, anggota bot ronda Maritim Malaysia mengambil masa lebih kurang lima minit untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa.

“Mangsa ditemui dalam keadaan selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan. Mereka seterusnya dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban Maritim untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI