fbpx

Abah dapat sokongan jadi PM 10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PETALING JAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan beliau telah mendapat sokongan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta beberapa Ahli Dewan Rakyat lain untuk diumumkan sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau berkeyakinan akan memperolehi bilangan sokongan yang mencukupi daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri sepertimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN petang ini. Saya telah melaporkan kepada MT PN bahawa saya telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi GPS, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pagi tadi berhubung pembentukan Kerajaan Persekutuan selepas PRU 15.

“Beliau telah memaklumkan kesediaan Ahli-Ahli Dewan Rakyat GPS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

“Saya juga telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga telah menyatakan kesediaan Ahli-Ahli Dewan Rakyat GRS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya sebagai Perdana Menteri ke-10,” jelasnya hari ini.

Jelas Muhyiddin, beberapa orang Ahli Dewan Rakyat lain juga telah memberikan komitmen yang sama. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI