fbpx

Sorakan ‘KJ’ bergema di Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketibaan Khairy Jamaluddin disambut meriah di Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 7, Kota Damansara.

SUNGAI BULOH – Ketibaan calon kerusi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mewakili Barisan Nasional disambut meriah di Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 7, Kota Damansara, di sini.

Ketibaan beliau tiba kira-kira pukul 11.50 pagi itu mendapat reaksi positif dalam kalangan pengundi yang berebut mahu bergambar dengannya.

Sorakan daripada orang ramai di saluran pengundi muda turut bergema menggamatkan suasana perkarangan di pusat mengundi di sini.

Terdahulu, beliau menghadirkan diri di pusat mengundi di Sekolah Menengah Agama Hj Mohd Yatim, di Gadong, Rembau bagi menjalankan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI