fbpx

PRU15: Khairy Jamaluddin tiba di pusat mengundi Rembau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beliau turut sama beratur bersama penduduk menunggu giliran untuk mengundi.

REMBAU – Calon Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin tiba di Pusat Pembuangan Undi di Sekolah Menengah Agama Hj Mohd Yatim, di Gadong, di sini.

Beliau yang memakai baju kemeja putih dan biru itu dilihat hadir seorang diri kira-kira pukul 8.40 pagi tadi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan calon Parlimen Sungai Buloh tersebut memaklumkan beliau akan bertolak ke Rembau esok pagi (hari ini) bagi menjalankan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, sokongan penuh tetap diberikan kepada calon BN di Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan meskipun beliau tidak lagi bertanding di kerusi ‘selamat’ apabila pernah menang tiga penggal berturut-turut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI