fbpx

Bung Moktar mengundi di SMK Bukit Garam Kinabatangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Moktar.

KINABATANGAN – Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menunaikan tanggungjawab mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Garam di sini sebentar tadi.

Beliau tiba di pusat mengundi sekitar pukul 12.30 tengah hari ditemani isteri, Datin Seri Nor Asmidah Alimudin yang mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (Sk) Kota Kinabatangan.

Seramai 44773 pemilih di Parlimen Kinabatangan dijangka menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRI-15).

Bung yang juga penyadang kerusi Perlimen Kinabatangan dalam PRU ke-15 kali ini berdepan dalam perlawanan “satu lawan satu” dengan calon dari Parti Warisan (Warisan) Mazliwati Abdul Malek.

Sementara itu, tinjauan mendapati proses pengundian di pusat pengundian sama berjalan lancar sejak pusat mengundi dibuka pada pukul 7.30 pagi.

Walaupun keadaan hujan pada sebelah pagi, namun ia tidak menghalang pengundi hadir dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI