fbpx

Pasangan suami isteri disangka anak, bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syantrica dan Murtaji mempunyai perbezaan usia 28 tahun. – TikTok

JAKARTA – Sepasang suami isteri dari Trenggalek, wilayah Jawa Timur mencuri perhatian pengguna media sosial di Indonesia kerana mempunyai perbezaan usia 28 tahun, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Wanita bernama Syantrica Wijayana itu dilahirkan pada 1998 manakala suaminya, Murtaji lahir pada 1970.

Perbezaan usia mereka yang ketara menyebabkan ramai tersalah menganggap pasangan berkenaan sebagai anak dan bapa.

Berdasarkan klip video yang dikongsikan di laman TikTok, Syantrica berkongsikan buku nikah bersama suaminya bagi mengelakkan orang ramai daripada tersalah faham.

Menurut pasangan yang berkahwin pada 16 September 2022 itu,  mereka masing-masing berstatus janda dan duda sebelum ini. Syantrica sudah mempunyai seorang anak,  manakala suaminya memiliki dua anak hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Wanita itu juga sering berkongsikan video dia bersama Murtaji dan menyatakan rasa bersyukur kerana dijodohkan dengan lelaki berkenaan.

Video pasangan itu menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai reaksi.

“Saya sangkakan bapanya,” kata seorang netizen.

“Ini adalah bukti bahawa tidak semua wanita memandang rupa fizikal,” ujar pengguna lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI