fbpx

Ahli Parlimen pembangkang terima peruntukan RM900,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul bersama penduduk Ijok ketika melawat salah sebuah PDM di Ijok, Kuala Selangor hari ini.

KUALA SELANGOR – Dakwaan bahawa ahli parlimen pembangkang tidak menerima peruntukan Parlimen mereka dari tahun 2021 hingga 2022 adalah tidak benar.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, semua ahli Parlimen mendapat peruntukan yang telah ditetapkan iaitu sebanyak RM900,000 dalam tempoh tersebut.

“Saya sudah buat pemeriksaan dengan bahagian yang bertanggungjawab mengagihkan peruntukan berkenaan, dan mereka memaklumkan bahawa kesemua peruntukan itu telah diberikan kepada kesemua ahli Parlimen.

“Malah, saya juga ada menghubungi beberapa ahli Parlimen pembangkang mengenai perkara ini dan mereka juga dapat sudah terima peruntukan ini,” katanya ketika semasa melawat pusat daerah mengundi (PDM) di Ijok, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bahawa tiada peruntukan disalurkan Kementerian Kewangan kepada ahli Parlimen pembangkang sepanjang tempoh 2021 hingga tahun ini.

Justeru, Tengku Zafrul menegaskan, Dzulkefly yang juga penyandang Parlimen Kuala Selangor boleh menghubungi sendiri bahagian yang menguruskan peruntukan itu bagi mendapat kepastian.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul menegaskan bahawa beliau bersedia mengalas tanggungjawab sebagai ahli Parlimen Kuala Selangor sekiranya memenangi kerusi tersebut, esok.

“Niat saya baik untuk membantu rakyat di seluruh negara.

“Justeru itu, saya tidak perlu membuktikan kepada sesiapa kerana pada akhirnya, rakyat yang akan membuat penilaian sendiri,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI