fbpx

Tarikh baharu konsert Super Junior di Manila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUPER JUNIOR

KUMPULAN terkenal K-pop, Super Junior kini mengumumkan tarikh baharu bagi konsert Super Junior’s Show 9: Road yang tertunda sebelum ini.

Menurut pihak pengurusan konsert PULP Live World, kumpulan Super Junior telah mengemas kini jadual dan akan membuat persembahan di Manila pada 17 dan 18 Disember kelak.

Sebelum ini, konsert jelajah dunia yang dijadualkan pada 6 Ogos lalu ditunda atas dua faktor yang tidak dapat dielak.

Faktor yang menyebabkan jelajah dunia Super Junior ditangguhkan adalah untuk memberi penghormatan atas kematian ayah salah seorang ahli kumpulan iaitu Eunhyuk.

Dalam masa sama, Siwon juga tidak dapat bersama-sama beraksi akibat terkena jangkitan Covid-19.

Konsert Super Junior’s Super Show 9: Road bakal diadakan di SM Mall Asia Arena dengan penjualan tiket yang akan bermula pada 30 November ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI