fbpx

PM Kemboja positif Covid-19 lepas bertemu Biden, Keqiang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIDEN dan Hun Sen bergambar semasa menghadiri makan malam Gala SIdang Kemuncak Asia Timur di Phnom Penh pada 12 November lalu. - AFP

PHNOM PENH – Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen mengumumkan bahawa beliau positif Covid-19 kelmarin, hanya dua hari selepas bertemu pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri China,  Li Keqiang dan Pre­siden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden semasa sidang serantau di Phnom Penh, lapor akhbar South China Morning Post.

Hun Sen membuat pengumuman itu dalam catatan Facebook ketika pemimpin-pemimpin mula berkumpul di Bali untuk menghadiri sidang kemuncak negara-negara Kumpulan 20 (G20).

“Rakan senegara yang dikasihi! Sekarang saya didapati positif ujian Covid-19,” kata Hun Sen di Facebook sambil menambah, beliau menjalani ujian saringan setiap hari termasuk sebelum terbang ke Bali untuk sidang G20, manakala semua keputusan ujian adalah negatif.

“Saya tidak pasti bila virus ini datang kepada saya tetapi apabila saya tiba, orang Indonesia mengambil sampel daripada saya pada waktu petang, dan pada waktu pagi ia mengesahkan bahawa saya positif Covid-19,” tambahnya.

Hun Sen berkata, beliau ‘bertuah’ kerana tiba di Bali lewat dan terlepas menghadiri majlis makan malam bersama pe­mimpin-pemimpin lain.

Katanya, atas sebab keselamatan, de­legasi Kemboja pulang ke tanah air kelmarin, bermakna beliau akan terlepas pertemuan dengan Presiden China,  Xi Jinping dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada sidang kemuncak Apec di Bangkok hujung minggu ini.

Beliau bertemu Biden secara panjang lebar pada Sabtu lepas dalam sesi dua hala pertama antara kedua-dua pemimpin berkenaan. Hun Sen kemudian menjadi tuan rumah bersama pertemuan antara AS dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). Selepas itu kedua-dua pemimpin itu duduk bersebelahan dalam satu majlis makan malam gala yang panjang.

Biden yang berusia 80 tahun pada Ahad ini, menerima lima suntikan vaksin termasuk versi suntikan yang dikemas kini dikenali sebagai vaksin bivalen pada bulan lalu. Beliau menghidap Covid-19 pada musim panas tahun ini dan hanya mengalami gejala ringan. 

Biden diuji negatif untuk Covid-19 menjelang mesyuarat G20 di Bali dan tidak dianggap sebagai hubungan rapat, kata White House dalam satu kenyataan. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI