fbpx

Dana AS$20 bilion bantu Indonesia hapus kebergantungan terhadap arang batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIDEN disambut Jokowi ketika tiba untuk acara penanaman pokik di Taman Hutan Raya Ngurah Rai, di luar sidang kemuncak G20 di Bali semalam. - AFP

JAKARTA – Negara-negara kaya memeterai perjanjian untuk mengumpul dana AS$20 bilion (RM91.05 bilion) bagi membantu Indonesia beralih daripada industri arang batu dan mencapai status karbon neutral menjelang 2050.

Amerika Syarikat (AS), Jepun, Kanada dan enam negara Eropah menandatangani perjanjian dengan Jakarta dalam acara sampingan sidang kemuncak negara-negara Kumpulan 20 (G20) di Bali.

Ia bertujuan memastikan ‘peralihan sektor kuasa yang adil’ untuk ekonomi Indonesia yang bergantung kepada arang batu, demikian menurut kenyataan White House.

Di bawah perjanjian itu, Indonesia berjanji untuk menjadi negara neutral karbon menjelang 2050 iaitu 10 tahun lebih awal daripada yang dirancang sebelum ini. Dalam masa yang sama, Jakarta akan menggandakan penjanaan tenaga boleh diperbaharui menjelang 2030.

Presiden Joko Widodo (Jokowi) memuji persepakatan itu selepas perjanjian serupa untuk Afrika Selatan dimeterai setahun lalu. Ia menjadi model yang boleh dicontohi oleh negara-negara lain untuk memenuhi matlamat iklim dunia.

“Indonesia komited menggunakan peralihan tenaga kami untuk mencapai ekonomi hijau dan memacu pembangunan yang mampan,” kata Jokowi sambil berjanji bahawa perjanjian itu akan membantu mencepatkan peralihan tersebut.

Penaja-penaja perjanjian itu berkata, Jakarta komited mencapai peralihan kepada tenaga bersih sebagai balasan untuk dana AS$10 bilion (RM45.5 bilion) yang disalurkan kepada sektor awam dan jumlah sama kepada sektor swasta dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

Pembiayaan itu termasuk geran, pinjaman konsesi, pinjaman kadar pasaran, jaminan dan pelaburan swasta untuk Indonesia yang mempunyai salah satu rizab arang batu terbesar di dunia.

Presiden AS, Joe Biden berkata, perjanjian itu menunjukkan bahawa ‘negara-negara boleh mengurangkan pelepasan secara mendadak dan meningkatkan tenaga boleh diperbaharui, sambil mewujudkan pekerjaan berkualiti dan melindungi mata pencarian dan komuniti’. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI