fbpx

Platform tempahan percutian terkini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PLATFORM Travelwalla mampu membantu merancakkan lagi sektor pelancongan di negara ini terutamanya selepas pandemik Covid-19. – Gambar hiasan

DUNIA pendigitalan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia pada hari ini.

Malah, pelbagai platform digital yang memudahkan urusan harian manusia telah dibangunkan termasuk bagi sektor pelancongan.

Kini, hanya menggunakan hujung jari, pelbagai urusan untuk tujuan pelancongan boleh dilakukan.

Salah satu platform pelancongan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat ialah Travelwalla.

Ia merupakan sebuah platform rakan percutian dalam talian pertama di Malaysia yang mencipta solusi percutian khusus dengan autonomi penuh sambil memperkasakan rakan industri serta pengguna.

Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Travelwalla, Mohammed Amin Mohammed Sidek berkata, platform itu dibangunkan untuk mengolah sektor pelancongan supaya menerima perubahan melalui solusi inovatif.

Menurutnya, platform itu juga merupakan pelopor trend percutian terbaharu menerusi pemerkasaan rakan industri pelancongan serta menjauhi kebergantungan berlebihan pada laman sesawang pihak ketiga.

“Travelwalla diwujudkan untuk mendorong perubahan industri kepada para penggiat utama dalam ekosistem pelancongan dan pengguna.

“Kami membayangkan solusi yang intuitif dan mudah dinilai sambil menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna,” katanya.

Bagi menjana daya tarikan dalam industri, Travelwalla telah melancarkan halaman ‘Jadilah Rakan’ yang telah menarik minat ramai.

Menerusi halaman tersebut, platform berkenaan berjaya meraih nilai kontrak lebih RM20 juta daripada aneka pemilik hartanah yang disenaraikan secara percuma dalam tempoh dua minggu selepas pelancaran.

Platform berkenaan juga telah berintegrasi dengan pengurus saluran berskala besar seperti RateGain iaitu sebuah platform teknologi percutian ulung serta platform DHISCO.

Kerjasama itu membolehkan Travelwalla mewujudkan daya penggerak sambungan langsung atau direct push connectivity dengan rantaian hotel besar dan global.

Travelwalla bakal mempunyai himpunan lebih 60,000 hartanah untuk pengguna menempah percutian mereka melalui platform tersebut.

MOHAMMED AMIN merupakan pengasas Travelwalla iaitu sebuah platform bagi memudahkan orang ramai membuat tempahan percutian.

Kedua-dua teknologi itu membenarkan hotel tersenarai meluaskan jangkauan dan keberadaan dalam talian sambil mengurus harga, ketersediaan serta tempahan mudah melalui aneka solusi yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI).

Dalam pada itu, Travelwalla telah berintegrasi dengan Sabre Corporation yang berpangkalan di Texas, Amerika Syarikat iaitu sebuah penyedia sistem pengedaran global terbesar dunia buat syarikat penerbangan.

Platform tersebut juga telah memeterai kerjasama strategik dengan Mayflower Holidays bagi memastikan harga dan laluan penerbangan terbaik bagi inventori syarikat penerbangannya.

Perancangan sudah bermula untuk integrasi tambahan dengan pelbagai pengurus saluran global lain termasuk STAAH, Siteminder, TravelClick, Rate Tiger dan D-Edge bagi memastikan senarai bilik hotel terbesar tersedia untuk para pengguna Travelwalla.

Menurut Mohammed Amin, dia berasa bangga berjaya mendapat sokongan penyedia teknologi industri terulung yang bukan sahaja membantu meningkatkan jumlah inventori, malah menawarkan penyelesaian buat semua.

“Platform ini menyediakan penyelesaian serba lancar tanpa gangguan buat rakan perniagaan serta para pengguna,” jelasnya.

Travelwalla mengamalkan model langganan berprestasi buat rakan perniagaan hotel.

Di Malaysia, harga tetap langganan adalah berdasarkan taraf bintang yang diberikan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta jumlah bilik tersedia.

Bagi hartanah antarabangsa pula, ia berdasarkan harga tetap langganan mengikut purata harga bilik harian atau average daily room rates dan jumlah bilik tersedia.

Setiap tempahan yang berjaya dilengkapkan, pihak Travelwalla akan menyimpan 12 peratus daripada harga jualan sehingga jumlah disimpan mencapai nilai langganan tahunan dipersetujui.

Konsep berkenaan menyaksikan penjimatan oleh hotel sebanyak 90 peratus komisyen yang dibayar kepada ejen percutian dalam talian atau OTA antarabangsa.

Didorong oleh teknologi terkini dan kebolehan penilaian dalam solusi Travelwalla, impak ekonomi yang dihasilkan oleh aplikasi itu terhadap industri pelancongan sememangnya tiada tandingan.

Travelwalla membuka jalan kepada para pengusaha hotel dan pemilik perniagaan untuk mengaut keuntungan semasa sektor pelancongan berkembang tanpa dibelenggu kadar komisyen tinggi yang dikenakan oleh syarikat besar.

Selain itu, Travelwalla adalah salah satu contoh inovasi pelancongan terkini yang dapat mempengaruhi bentuk industri pada masa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI