fbpx

Pamer kereta mewah, Rizky Billar belum muflis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIZKY BILLAR dan Lesti Kejora masih jadi perhatian biarpun telah kembali berdamai sebagai suami isteri.

SELESAI masalah rumah tangga, pasangan selebriti popular Rizky Billar dan Lesti Kejora nampaknya terus menjadi perhatian netizen.

Rata-rata netizen menganggap kebahagiaan pasangan itu tidak lagi seperti dahulu. Malah ada yang menuduh pasangan tersebut kini berdepan masalah kewangan.

Abang kandung Rizky, Bobby Rahman tampil bersama bapa dan ibunya dalam sebuah video memberitahu, mereka tidak terkesan dengan pandangan orang ramai terhadap pelakon berkenaan.

“Biarlah orang mahu cakap apa, nanti Tuhan yang akan membalasnya,” ujarnya.

Menerusi video berkenaan, bapa Rizky iaitu Danial Eddy turut menunjukkan kereta-kereta mewah milik anaknya itu masih ada dan bukannya hanya pinjaman.

“Bukan kita sombong ya, tapi kita mahu jelaskan bahawa kata-kata netizen kereta ini Rizky pinjam. Semuanya masih ada di sini dan memang dia beli.

“Siapa cakap pinjam-pinjam itu hanya reka cerita sahaja. Ada Lamborghini dan Ferrari. Ini bukan mahu menunjuk-nunjuk ya,” tegas bapanya.

Mereka juga menegaskan bisnes yang diusahakan Rizky masih berjalan lancar walaupun suami Lesti Kejora itu belum muncul di televisyen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI