fbpx

Lelaki maut terjatuh di jalan raya ketika menari di atas treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI itu terjatuh selepas treler tersebut lalu di bawah jambatan. - Grizzy's Hood News. /Fox

HOUSTON, TEXAS – Seorang lelaki meninggal dunia selepas terjatuh daripada bumbung sebuah treler dalam kejadian di sebuah lebuh raya di Houston, Texas, lapor akhbar New York Post semalam.

Mangsa yang sedang galak menari, terjatuh apabila treler itu melalui bawah sebuah jejambat.

Polis Houston berkata, lelaki berusia 25 tahun itu maut dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 11.35 pagi (waktu tempatan) di Lebuhraya Eastax US-59. Keberadaannya tidak disedari oleh pemandu treler, lapor saluran televisyen KRIV-TV.

Menurut polis, lelaki itu melompat atau naik ke atas sebuah treler dan kelihatan sedang merakam dirinya menari.

Video kejadian dimuat naik dalam akaun Grizzy’s Hood News. 

Selepas terjatuh dari treler ke atas jalan raya, mangsa yang identitinya tidak didedahkan itu dibawa ke hospital berdekatan dan disahkan meninggal dunia.

Lelaki itu meninggal dunia akibat kecederaan, lapor saluran radio Houston Public Media.

Polis berkata, pemandu treler disiasat selepas kejadian berkenaan dan didapati tidak mengalami sebarang kecederaan. Dia kemudian dibebaskan tanpa tuduhan.

“Kami tidak menyaksikan kes seperti ini dalam tempoh agak lama,” kata jurucakap Jabatan Polis Houston, Jodi Sliva. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI