fbpx

Cuma ambil dokumen, bukan serbu Invoke – SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa kehadiran mereka ke pejabat Invoke Solutions Sdn. Bhd. semalam adalah bagi mengambil dokumen berkaitan siasatan ke atas syarikat itu dan bukannya satu serbuan seperti didakwa.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, kehadiran pegawai SPRM ke pejabat tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi semalam adalah mengikut prosedur biasa proses siasatan suruhanjaya berkenaan.

“Tiada serbuan, pegawai SPRM hadir ke pejabat berkenaan hanya untuk mengambil dokumen berkaitan untuk dikaji.

“Kami mengikut prosedur biasa, kena dapatkan dokumen untuk dikaji dan diteliti secara menyeluruh susulan daripada laporan yang diterima,” katanya ringkas kepada Kosmo! ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, tiada keterangan diambil setakat ini dan tumpuan hanyalah kepada penelitian ke atas dokumen berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menerusi ucapan pada satu ceramah malam tadi, mendedahkan bahawa beberapa individu daripada SPRM telah menyerbu syarikat pemula yang diasaskannya itu.

Rafizi dalam ucapannya turut mempersoalkan tindakan SPRM itu dan mendakwa beberapa pendedahan dibuat olehnya melibatkan projek kapal tempur pesisir (LCS) dan projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion berserta bukti sebelum ini tidak pula disiasat.

Pada 10 November lalu, Kosmo! Online melaporkan gesaan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ke atas SPRM agar menyiasat sumber kewangan Invoke yang didakwa sebagai meragukan.

Presiden, Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Mohammad Imran S. N. Syed Abdul Aziz berkata, keraguan timbul apabila pengisytiharaan aset dan harta oleh Rafizi menyatakan lebih RM16 juta adalah daripada Invoke sedangkan syarikat itu sudah tiga kali rugi dan baru dua kali untung sejak ditubuhkan pada 2016. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI