fbpx

Tiada bahan terlarang belum tentu halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cikgu Sam mengingatkan masyarakat beragama islam di negara ini agar lebih peka sewaktu membeli makanan yang diimport dari China dan Taiwan

PETALING JAYA – Seorang wanita berbangsa Cina mengingatkan masyarakat beragama Islam di negara ini agar lebih peka sewaktu membeli makanan yang diimport dari China dan Taiwan terutamanya tanpa label halal.

Cikgu Sam dalam satu hantaran di akaun TikToknya berkata, dia berasa terpanggil untuk berkongsi mengenai perkara tersebut atas rasa tanggungjawab sebagai rakyat yang tinggal di negara berbilang bangsa.

“Pernah satu hari semasa penjual bersiaran langsung, saya sempat bertanya sama ada produk itu halal atau sebaliknya kerana pembungkusannya menggunakan tulisan Cina dan penjual tersebut mendakwa ia halal.

“Saya membeli dan membawanya ke pejabat untuk diagihkan kepada pasukan. Apabila disemak, tiada tanda halal pada produk tersebut,” jelasnya.

Susulan itu, wanita tersebut menyarankan orang ramai tidak membeli produk tersebut yang dibuat di China.

Jelasnya, tahap kepekaan terhadap isu halal di negara itu adalah rendah berbanding Malaysia.

“Konsep halal bukan setakat perspektif tidak mengandungi bahan atau benda haram tetapi juga aspek kebersihan makanan dan rangkaian pembekalnya yang perlu memiliki kelulusan halal,” katanya yang pernah menetap di negara tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berterima kasih dengan pesanan yang dititipkan wanita berkenaan.

“Terima kasih cikgu terutama gula-gula ‘soft gummy’ yang masih ramai rakus hendak beli dan memakannya,” komen seorang netizen.

“Betul cikgu. Apa yang cikgu katakan adalah betul. Saya sangat berharap semua muslim memiliki kesedaran tentang apa yang mereka makan. Terima kasih cikgu,” kata seorang pengguna lain.

Tambah Sam lagi, halal atau tidak semuanya bergantung kepada pembeli kerana mereka yang akan membuat keputusan. Jangan meletakkan kesalahan di bahu penjual semata-mata kerana pilihan di tangan pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI