fbpx

Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri Semenanjung sehingga pukul 9 pagi ini.

MetMalaysia berkata, seluruh kawasan di Perlis dijangka berdepan dengan cuaca buruk ini manakala di Kedah hanya Langkawi, Yan dan Kuala Muda sahaja.

“Kawasan di Pulau Pinang yang diramal ribut petir adalah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Utara.

“Di Pahang, kawasan Rompin sahaja diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat manakala di Johor hanya Mersing dan Kota Tinggi sahaja,” ujar MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya.

Tambah MetMalaysia, kawasan-kawasan di negeri lain sekitar Semenanjung, Sabah dan Sarawak diramalkan dalam keadaan baik dan cerah ekoran tiada laporan hujan dikeluarkan,” katanya.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI