fbpx

Piala Malaysia: JDT tidak mahu tersilap langkah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGSON sekali lagi menjadi sandaran JDT untuk merobek gawang Sabah pada pertemuan malam ini.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio waspada muslihat rakan sejawatnya, Datuk Ong Kim Swee menjelang pertemuan separuh akhir pertama Piala Malaysia malam ini.

Biarpun JDT berdepan laluan mudah melangkah ke separuh akhir dengan agregat 8-0 mengatasi Kelantan FC, Bidoglio tidak mahu anak buahnya terlalu gembira dan memandang enteng saingan skuad The Rhinos itu.

Katanya, apa-apa boleh berlaku pada saingan peringkat tersebut dan Harimau Selatan tidak boleh tersilap langkah sekiranya mahu ke pentas akhir.

“Sabah bukan sebuah pasukan yang biasa-biasa dan mampu mencipta kejutan.

“Perlawanan separuh akhir ini pastikan menjanjikan saingan sengit buat JDT, jadi kami perlu memberi tumpuan penuh dan mendapatkan keputusan positif,” katanya.

Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini, JDT menang semua lima perlawanan menentang Sabah dalam saingan Liga Super atau Piala Malaysia musim lalu.

Melihat di atas kertas pula, JDT dilihat mempunyai kelebihan berbanding lawan mereka, manakala Sabah pula gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila mencatatkan seri ketika berdepan UiTM FC dan Kuching City FC.

Bidoglio memberi jaminan untuk menurunkan skuad terbaik­nya dengan mesin pencetak gol, Bergson Da Silva menggalas tugas sebagai penggempur utama.

Katanya, JDT juga akan mengekalkan corak permainan high pressing dan memberi tekanan kepada pasukan lawan dalam usaha memburu gol pen­ting sebagai bekalan pada pertemuan timbal balik kelak.

Tambah pengendali kelahiran Argentina itu, pemain yang direhatkan sebelum ini iaitu Arif Aiman Hanapi dan Leandro Velazquez dijangka akan disenaraikan dalam kesebelasan pertama menentang Sabah FC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI