fbpx

LRT pulih, pengguna lega boleh jimat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Operasi transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang terganggu selama enam memberi tekanan kepada pengguna apabila ada antara mereka terpaksa mengeluarkan belanja lebih RM250 untuk khidmat e-hailing.

Bukan itu sahaja, ada antara pengguna mengalami tekanan emosi dan fizikal, selain terdapat ibu bapa yang ‘berkejar-kejar’ ke tempat kerja dan pulang untuk menjemput anak-anak dari rumah pengasuh serta taska.

Bagaimanapun episod derita itu berakhir semalam apabila kesemua 16 stesen mula bero­perasi pukul 6 pagi.

Seorang pekerja swasta, Sya­kila Ameliana Sayad Abdul Kadir, 24, berkata, dia mengeluarkan belanja yang tinggi untuk ke tempat kerja di Bangsar dari Ampang Park sejak per­khidmatan LRT tergendala.

“Ketika LRT tergendala, saya sedikit ralat dan terpaksa mengeluarkan wang lebih untuk membuat pesanan e-hailing yang agak mahal apatah lagi waktu puncak.

“Kos yang saya keluarkan untuk e-hailing sepanjang enam hari adalah RM250. Jadi, apabila LRT sudah beroperasi, saya boleh menarik nafas lega dan harapnya tiada lagi episod ‘duka’,” katanya.

Syakila, Nadhrah Azli, 23, berkata, gangguan LRT menyebabkan dia terpaksa memandu ke tempat kerja di KLCC dari rumahnya di Subang.

“Gangguan LRT turut menjejaskan kewangan bulanan dan saya terpaksa menggunakan le­bih RM100 wang simpanan untuk bulan ini untuk tampung tol dan minyak kereta,” ujarnya.

Bagi Fatimah Nurain Khalpiah, 24, gangguan operasi LRT bukan sahaja menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan banyak belanja, malahan membawa kepada tekanan emosi dan fizikal.

“Selain duit habis untuk e-hailing, saya juga merasa tertekan kerana terpaksa berhimpit dengan orang ramai untuk menaiki bas. Badan penat seharian bekerja terpaksa pula menunggu bas membuatkan emosi saya terganggu,” ujarnya.

Ibu kepada empat anak, Siti Nurliana Mhd. Jawawi, 34, berkata, dia terpaksa mengambil anak lewat apabila operasi LRT Laluan Kelana Jaya bermasalah.

“Kebiasaannya saya ambil anak pukul 6.30 petang, tetapi kerana gangguan operasi LRT, saya mengambil mereka pukul 8.30 malam,” ujarnya.

Nur Qurratul Aini Rosidi, 23, pula berkata, dia terpaksa berjalan dalam keadaan berpuasa dari pusat beli-belah Nu Sentral ke Bangsar disebabkan LRT ditutup pada 8 November lalu.

“Lega sangat bila sudah bero­perasi kerana inilah pengangkutan awam saya gunakan setiap hari. Harap tidak berlaku lagi selepas ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI