fbpx

Anwar nak serang Ampang , Gombak malam esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika turun berjumpa para penyokongnya di Lembah Pantai petang tadi

KUALA LUMPUR – Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ‘serang’ kubu pengkhianat di Ampang dan Gombak malam esok.

Jelas Presiden PH itu, dia akan berdepan dengan pengkhianat-pengkhianat dari PH termasuk yang pernah mengkhianati parti PKR sebelum ini.

“Saya mahu lihat pengkhianat Pakatan Harapan termasuk pengkhianat dari Keadilan, itu sebab saya nak serang Ampang dan Gombak malam esok.

“Mereka bercakap pasal perjuangan, hak rakyat tetapi mereka belot dengan parti,” ujarnya di Lembah Pantai sebentar tadi.

Sebelum ini, penyandang Ahli Parlimen Gombak, dan Ampang masinh-masing Datuk Seri Azmin Ali serta Datuk Zuraidah Kamaruddin telah meninggalkan PKR selepas berjaya membentuk kerajaan bersama PH pada 2018.

Dua figura hebat dari PKR itu kemudiannya menyertai Perikatan Nasional bagi membentuk kerajaan baru di bawah pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI