fbpx

Pakar oseanografi UMT bantu operasi cari mangsa lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Hilman (tiga dari kiri) mendengar taklimat operasi mencari dan menyelamat Mohamad Aiman Asyraf di Pantai Marina, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak yang dikhuatiri lemas berhampiran alur sungai Kuala Kemaman, berhampiran Pantai Marina di sini sejak Jumaat lalu akan dibantu pakar oseanografi Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Md. Hilman Abd. Rashid berkata, khidmat pakar oseanografi tersebut diperlukan bagi mengenal pasti kedudukan mangsa berikutan pergerakan air yang sentiasa berubah dan sukar diramal.

“Saya telah berbincang dengan pakar UMT untuk gerakkan pasukan oseanografi sebab kita tidak tahu pergerakan air, ada arus masuk dan keluar dengan pertembungan air laut dan sungai di muara sungai ini.

“Mungkin pakar ini dapat menentukan kedudukan mangsa bagi memudahkan usaha pencarian,” katanya selepas melakukan tinjauan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang memasuki hari keempat hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, Mohamad Aiman Asyraf Shahrulzaman,11, yang merupakan murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Chukai, dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama dua rakannya berusia sembilan dan 12 tahun.

Dalam pada itu, Md. Hilman memberitahu, operasi mencari dan menyelamat mangsa telah diperluaskan sehingga ke Pantai Cherating, Kuantan, Pahang.

“Apa yang kita khuatir kalau-kalau mangsa berada di dasar muara sungai ini kerana kita percaya kawasan ini terdapat pasir jerlus dan ia menyukarkan proses pencarian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI