fbpx

Terhibur lagu Swipe versi qasidah Wany Hasrita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NYANYIAN Wany Hasrita menyampaikan lagu Swipe versi qasidah menghiburkan ramai peminatnya.

NAMPAKNYA single terbaharu Swipe nyanyian Alyph semakin mendapat tempat di hati pendengar. Bukan itu sahaja, lagu tersebut juga mencetuskan fenomena luar biasa dalam aplikasi TikTok.

Malah, dalam YouTube sendiri lagu Swipe sudah mendapat lebih dua juta jumlah tontonan selepas dimuat naik hampir dua minggu lalu.

Ramai juga artis yang melakukan cabaran Swipe apabila memuat naik video menyanyikan lagu tersebut secara ‘miming’ dengan gaya tersendiri.

Penyanyi cantik manis Wany Hasrita juga tidak mahu ketinggalan apabila turut menyanyikan lagu tersebut secara live!

Menariknya, Wany menyampaikan lagu tersebut dengan alunan qasidah. Mendayu-dayu betul suara penyanyi cantik manis itu.

Dia menyanyikan lagu Swipe versi qasidah selepas meniru cara nyanyian seorang pengguna TikTok bernama IkhmalNour.

Perkongsian penyanyi ‘kening bercantum’ itu turut memancing perhatian peminatnya apabila terhibur dengan alunan Swipe versi irama Arab.

“Dah macam mengaji,” kata seorang netizen.

“Mahal ‘qalqalah’ dia,” ujar seorang lagi pengguna.

Netizen kalau bab-bab begini memang kreatif. Ada sahaja benda nak hiburkan orang. Sampai Diva pun naik kejung perut ketawa tak henti membaca komen.

DIVA: Cuaca panas mengeluh, hujan pun mengeluh. Nak tunggu turun salji baru nak rasa seronok ke rakyat Malaysia kita ni?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI