fbpx

Piala Malaysia: Sabah FC mara ke separuh akhir, bakal bertemu JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baddrol Bakhtiar antara tunjang pasukan Sabah FC pada perlawanan kali ini. - Foto ihsan MFL

PETALING JAYA – Pasukan Sabah FC terpaksa bermandi peluh sebelum mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Kuching City 2-1 secara agregat pada aksi suku akhir sebentar tadi.

Sebagai rekod, skuad Sabah kendalian Datuk Ong Kim Swee berjaya merekodkan bekalan 1-0 pada aksi suku akhir pertama di Kuching minggu lalu sebelum aksi kedua terikat 1-1 selepas aksi terpaksa diheret ke masa tambahan.

Pada perlawanan di Stadium Likas, Kota Kinabalu itu, perlawanan terpaksa dilewatkan hampir satu jam susulan keadaan cuaca yang tidak baik.

Situasi tersebut ternyata memberi kesukaran untuk kedua-dua pasukan mempamerkan prestasi yang diharapkan pada babak pertama meskipun pasukan tuan rumah lebih banyak mendominasi perlawanan.

Bersambung pada babak kedua, skuad The Rhinos terkedu hasil jaringan sendiri, Ummareng Bacok pada minit ke-84 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Penyerang import dari Jepun, Taiki Kagayama muncul wira pasukan apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-94 masa tambahan sekali gus menyaksikan keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Ini adalah kali pertama Sabah layak ke pentas separuh akhir selepas edisi 2018 dan pencapaian terbaik mereka dalam kejohanan berprestij itu adalah muncul naib juara tiga kali pada 1996, 2002 dan 2003.

Namun, Sabah berdepan tugas sukar apabila dijadualkan bertemu dengan JDT pada aksi separuh akhir minggu depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI