fbpx

Syarikat Jepun keluar produk gula-gula tanpa rasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GULA-GULA itu dihasilkan hanya menggunakan dua bahan. - Kuwane/Twitter

TOKYO – Sebuah rangkaian kedai serbaneka terbesar di Jepun baru-baru ini melancarkan produk baharu iaitu gula-gula tanpa rasa, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Lawson Inc. sedang menguji pasaran beberapa produk baharu termasuk item dipanggil Aji no Shinai (gula-gula tanpa rasa).

Berdasarkan maklumat pada pembungkus produk tersebut, gula-gula itu hanya mempunyai dua bahan iaitu polydextrose pengganti gula sintetik dan erythritol pengganti gula organik.

Kakitangan laman berita SoraNews yang mencuba gula-gula itu berkata, bahawa ia mempunyai aroma yang hambar dan hampir menyamai rasa minuman sukan yang kurang ekstrem. 

Kemanisan gula-gula itu dikatakan setanding dengan rasa manis pada nasi putih.

Pasaran produk itu bergantung kepada pelanggan yang membelinya. Sekiranya mendapat undian yang memberangsangkan, Lawson akan mengekalkan pengeluaran untuk membolehkan pembeli menikmati ‘rasa kosong’ untuk tahun-tahun akan datang. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI