fbpx

Pelakon Syazlin Zainal maut akibat jatuh tingkat 22 pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syazlin.

JOHOR BAHRU- Polis mengesahkan pelakon dan selebriti media sosial, Syazlin Zainal, 26, maut selepas terjatuh dari tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 12.50 tengah hari.

Menurut beliau, panggilan awam itu memaklumkan mereka menemukan mayat seorang wanita di bahagian bawah pangsapuri itu.

“Hasil siasatan mendapati wanita berkenaan adalah seorang warga tempatan berusia 26 tahun dan bekerja sebagai seorang pelakon sambilan

“Sebab kematian adalah jatuh dari tingkat 22 pangsapuri dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.

Berita berkaitan: Pelakon Oh My Hantaran, Syazlin Zainal meninggal dunia

Tambah Raub, siasatan awal polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Bagaimanapun, orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghulurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mat Nawi Ab. Rahman di talian 016-5050808,” jelasnya.

Difahamkan, proses bedah siasat masih lagi dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik HSA dan jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkhuburan Islam Kassim Noor, Kampung Sungai Danga di sini.

Terdahulu, media melaporkan Syazlin meninggal dunia di Johor dan punca kematiannya masih dalam siasatan. Berita pemergian Syazlin semalam mengejutkan ramai pihak termasuk rakan-rakan dan peminat.

Syazlin pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Sitik Tok, Dia Yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.

Allahyarham merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan anak perempuan tunggal dalam keluarganya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI