fbpx

Pelakon Oh My Hantaran, Syazlin Zainal meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON drama Oh My Hantaran, Syazlin Zainal meninggal dunia pada usia 26 tahun petang khamis namun punca kematian masih dalam siasatan.

PETALING JAYA – Pelakon drama Oh My Hantaran, Syazlin Zainal dilaporkan meninggal dunia pada usia 26 tahun petang tadi.

Berita mendukakan tersebut dikongsikan sahabat dan juga sepupunya menerusi media sosial sebentar tadi.

Menurut perkongsian rakannya dalam Instagram, Zeatyalia tidak akan mendedahkan punca kematian pemilik nama penuh Syazlin Suhaizan Zainal.

“Saya tidak akan berkongsi apa-apa kenyataan (terutama kepada media) sebab kematiannya untuk menghormati privasi keluarga Syazlin.

“Saya kehilangan rakan pada hari ini dan tidak tahu bagaimana untuk menerangkan perasaan diri saya sekarang.

“Kepala saya sangat serabut untuk memahami perkara ini. Sedekahkan al-Fatihah untuk Syazlin Zainal,” tulisnya dalam InstaStory.

Perkhabaran mengejutkan itu juga dikongsikan oleh sepupu Syazlin, Trisya Azahar menerusi Twitter yang meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat berjumpa Allahyarham buat kali terakhir.

“Mohon doakan untuk sepupu saya, Syazlin Zainal. Semoga Alin tenang di sana dan syurga buatmu. Baru sahaja kita berhubung untuk berjumpa. Al-Fatihah,” ciap Trisya.

Syazlin difahamkan meninggal dunia di Johor bagaimanapun punca kematian masih dalam siasatan.

Sementara itu, ramai juga rakan artis menzahirkan ucapan takziah dan meninggal komen dalam Instagram anak seni yang juga dikenali menerusi drama  Sitik Tok tersebut.

“Allahuakbar,” ujar Nadia Brian pendek.

“Al-Fatihah. Kami akan merindui awak, Alin (nama panggilan). Rehatlah sepuas-puas,” tulis Anna Jobling.

“Innalillahiwainalillahirojiun. Pergi terlalu awal,” tutur Scha Elinnea.

Syazlin juga pernah membintangi dalam beberapa drama seperti Takdir Yang Tertunda, Potong, Dia Yang Ku Jadikan Suami dan Ada Yang Ngikut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI