fbpx

Lelaki tikam rakan uji ‘kesaktian’ tangkal, mangsa mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WITHUN menikam Auttapon kerana ingin menguji keupayaan tangkal azimat dipakai mangsa. - Thaiger

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand ditahan selepas menikam mati seorang rakannya kerana percaya tangkal yang dipakai membolehkan mangsa hidup menjalani kehidupan abadi, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Suspek yang baru saja dibebaskan dari penjara tahun lepas kerana jenayah membunuh, cuba menguji ‘kesaktian’ tangkal yang dipakai mangsa dengan menikamnya.

Polis melaporkan bahawa Auttapon Na Nakhon, 44, mati ditikam rakannya, Withun, 51, pada 6 November lalu di hadapan sebuah rumah di kawasan Klong Toey, Bangkok.

Pegawai dari Balai Polis Tha Ruer kemudian menyerbu rumah itu dan memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV). Dua rakan itu dilihat minum bersama beberapa rakan sekerja lain di rumah tersebut.

Mereka kemudian keluar bersama untuk membuang air kecil di luar rumah sebelum Auttapon terlebih dahulu kembali ke rumah itu. Withun mengikutinya dan meminta tangkal yang dipakai mangsa.

Withun meminta kebenaran daripada Auttapon untuk menguji kesaktian tangkal itu sebelum menikam dada mangsa.

Auttapon yang pada awalnya cedera berjaya melarikan diri dan menahan seorang penunggang motosikal untuk membawanya ke hospital. Malangnya, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Auttapon mendedahkan butiran kejadian kepada penunggang motosikal itu sebelum meninggal dunia. Dia mendakwa ditikam oleh Withun kerana tangkal yang dipakainya.

Polis melaporkan bahawa Withun enggan memberikan sebarang butiran mengenai jenayah itu dan tidak mendedahkan motif di sebalik tindakannya. Dia berdiam diri sejak ditangkap.

Isteri dan ahli keluarga Withun bertegas bahawa mereka tidak tahu apa yang dilakukan lelaki itu apabila dia pulang ke rumah, jadi polis tidak mengeluarkan sebarang pertuduhan terhadap mereka. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI