fbpx

Hari ini menang, esok bantu rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KISAH Azimah yang membawa anak OKU ketika bekerja meruntun hati banyak orang.- GAMBAR HIASAN

IBU hebat! Cekal besarkan anak istimewa. Lebih seminggu lalu tiada siapa kenal akan nama Azimah Abd. Rahim, 37. Namun, melalui sekeping gambar, kisah ketabahan ibu tunggal itu membesarkan anak perempuan enam tahun mendapat perhatian ramai.

Penghantar makanan itu setiap hari menggendong anaknya yang juga orang kelainan upaya (OKU) penglihatan di atas motosikal untuk mencari rezeki.
Hasil bidikan jurufoto Media Mulia Sdn. Bhd., Fariz Rusadio itu dimuatkan di muka depan akhbar Utusan Malaysia pada 3 November lalu sebelum disiarkan Kosmo! Online di Instagram dan Facebooknya.

Gambar itu benar-benar menjentik sifat empati orang kita. Setakat 12 tengah malam kelmarin, gambar tersebut mencapai 4.7 juta pengguna, mendapat liked lebih 124,000 serta dikongsi sebanyak 10,117 kali di Facebook.

Rata-ratanya mendoakan Azimah agar diberikan kekuatan berpanjangan serta dirahmati Ilahi atas kecekalan hati membesarkan anaknya itu.

Apa yang penulis puji adalah sikap orang Malaysia yang suka membantu. Segenap lapisan masyarakat baik agensi kerajaan ingin menghulur bantuan. Cuma penulis berpendapat isu ini memerlukan ‘bantuan’ berpanjangan.

Sebelum kisahnya tular, dia menerima cemuhan masyarakat kerana dikatakan membahayakan nyawa anak. Namun, itu adalah pilihan terakhir terpaksa diambil berikutan 11 pengasuh tidak tahan dengan masalah hiperaktif anak OKU tersebut.

Jika dakwaan Azimah berhubung kebanyakan majikan tidak mengambilnya bekerja kerana ‘tiada tempat’ untuk dia membawa anak bersama adalah benar, maka suatu tindakan dan kajian wajar diambil bagi membantu golongan ibu tunggal sepertinya. Itu mendorong tindakan Azimah menggendong anaknya ketika mencari rezeki.

Penulis juga ada rakan yang kerap berkongsi keletah anak autismenya. Anak-anak istimewa ini anginnya sukar dijangka. Tantrum, meltdown anak-anak adalah situasi biasa dilalui ibu bapa golongan ini.

Mereka senasib dengan Azimah. Cuma tidak tular hingga menarik perhatian umum. Ketabahan Azimah ini hanya salah satu kisah cabaran dialami rakyat.

Data setakat Julai lalu menunjukkan pada 2021 seramai 589 anak-anak berusia 18 dan ke bawah didiagnos dengan autism spectrum disorder (ASD) berbanding 562 orang pada 2020. Peningkatan hampir lima peratus.

Menurut Centre for Disease Control (CDC) di Amerika Syarikat, autisme berlaku dalam nisbah satu daripada 68 kanak-kanak. Malaysia pula akan membentuk Majlis Autisme menjelang akhir tahun ini bagi menyelaraskan pendidikan, rawatan dan penjagaan individu tersebut.

Memandangkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pun sudah berbaki kira-kira seminggu lagi. Awal pagi Ahad (20 November 2022) kita akan mengetahui siapa bakal bentuk kerajaan. Sewajarnya pelan intervensi membabitkan kebajikan ‘golongan rentan’ ini diperhalusi.

Jangan pula rancangan baik kerajaan terdahulu dihentikan terus. Seboleh-bolehnya hari ini bentuk kerajaan esok terus turun bantu rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI