fbpx

BAuto pamer tiga jenama kenderaan di Malaysian Motor Expo 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengedar jenama Mazda, Kia dan Peugeot di Malaysia, BAuto akan menyertai Malaysian Motor Expo 2022 bermula hari ini hingga 13 November.

Menurut kenyataannya, BAuto akan mempamerkan kenderaan daripada tiga jenama dibawahnya semasa ekspo permotoran yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu.

Katanya, antara model kenderaan itu seperti Mazda CX-3 1.5L Core yang merupakan varian yang baru diperkenalkan dan Mazda MX-30.

“Selain itu turut dipamerkan ialah Peugeot 2008 dan Peugeot 3008. Untuk jenama Kia akan menampilkan kenderaan elektrik EV6,” katanya.

Tambahnya, program itu akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI