fbpx

NGO gesa SPRM siasat sumber kewangan Invoke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Mohamad Imran ketika bercakap kepada pemberita ketika hadir membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia menggesa satu siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sumber kewangan syarikat tinjauan awam diasaskan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Presidennya, Syed Mohammad Imran S. N. Syed Abdul Aziz berkata, gesaan tersebut adalah susulan daripada pendedahan dibuat pelbagai pihak berhubung dana syarikat berkenaan, Invoke Solutions Sdn. Bhd. (Invoke) yang dikatakan terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

“Saya hadir ke SPRM hari ini adalah bagi membuat laporan berhubung pengisytiharan harta oleh Rafizi baru-baru ini melibatkan aset bernilai lebih RM18 juta.

“Saya tabik keputusan beliau untuk mengisytiharkan harta namun daripada mana datangnya lebih RM16 juta kepada Invoke sedangkan syarikat itu sudah tiga kali rugi dan baru dua kali untung sejak ditubuhkan pada 2016,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Menurut Syed Mohamad Imran, sekiranya siasatan mendapati memang terdapat unsur pengubahan wang haram dalam isu berkenaan, maka calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Pandan itu tidak boleh dibenarkan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga disarankan untuk meneliti perkara ini berlandaskan undang-undang sama ada beliau layak untuk bertanding di Pandan jika terlibat dengan pengubahan wang haram,” tegas beliau.

Syed Mohamad Imran menjelaskan, laporan hari ini dibuat berdasarkan pendedahan oleh beberapa individu menerusi platform Twitter dan TikTok selepas Rafizi membuat pengisytiharan harta.

Terdahulu, Kosmo! Online pada 2 November lalu melaporkan bahawa Rafizi menjadi individu pertama tampil mengisytiharkan hartanya dengan nilai keseluruhan sebanyak RM18.85 juta.

Antara aset yang diisytiharkan beliau adalah pelaburan saham dalam syarikat tinjauan awam diasaskannya, Invoke dan pelaburan dalam Boustead Holdings Berhad milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan polisi insuran di Prudental.

Turut disenaraikan ialah aset lain simpanan tunai RM1.17 juta, dua buah hartanah di Bukit Antarabangsa, Selangor bernilai RM1.6 juta, dua buah kenderaan bernilai RM110,00 serta pendapatan bulanan sebanyak RM23,500.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI