fbpx

Lori bawa rokok seludup RM2.28 juta ditahan di tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah lori yang membawa sebanyak 777 karton rokok ditahan di tepi jalan Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh dekat Pasir Tumboh, Kota Bharu semalam. FOTO IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas sebanyak 777 karton rokok seludup yang bernilai RM2.28 juta termasuk cukai selepas menahan sebuah lori di tepi jalan Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh dekat Pasir Tumboh di sini semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lori jenis Nissan itu ditahan kira-kira pukul 9.20 malam selepas Ibu Pejabat Briged Tenggara PGA menerima maklumat mengenai kegiatan penyeludupan rokok menerusi Op Kontraban Pantai Timur.

Menurutnya, selain lori, pemandu kenderaan itu yang berusia 42 dan berasal dari Tanjung Minyak, Melaka turut dibawa ke Batalion 8 PGA di Pengkalan Chepa untuk pemeriksaan lanjut.

“Pemeriksaan ke atas lori tersebut telah menemui sebanyak 208 kotak besar yang mengandungi 777 karton rokok yang tidak bercukai.

“Siasatan mendapati, kotak-kotak rokok itu berisi 65,550 batang rokok yang dianggarkan bernilai RM832,000 dengan nilai cukai sebanyak RM1.45 juta. Nilai keseluruhan rampasan rokok dianggarkan berjumlah RM2.28 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhamad Zaki, selain itu, pihaknya turut merampas dua buah telefon dan wang tunai sebanyak RM800.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(D) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI