fbpx

Baby Shima sakan bergelek, penari hanya berseluar dalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BABY SHIMA bersama tiga penari lelaki yang hanya memakai seluar dalam.

PETALING JAYA – Penyanyi dangdut sensasi Baby Shima kembali ‘memancing’ perhatian netizen apabila berkongsi video sedang ligat menari bersama sekumpulan lelaki yang hanya memakai seluar dalam.

Menerusi perkongsian terkini dalam Instagramnya, penyanyi berusia 30 tahun itu dilihat asyik berjoget sambil dikelilingi tiga lelaki berseluar dalam, namun masih memakai baju.

Lebih menjengkelkan apabila kumpulan penari itu turut mempamerkan aksi tarian erotik dan mengghairahkan.

“Dah ‘release’ guys! Video muzik Sejenak Sendiri ini boleh kalahkan penari Datuk AlifF Syukri tak? Video penuh dalam YouTube Nagaswara Official. Terima kasih,” tulis Shima.

Difahamkan klip tersebut merupakan sebahagian daripada video muzik untuk single terbaharunya berjudul Sejenak Sendiri bagi pasaran di Indonesia.

Bagi mengelak dirinya menerima komen-komen ‘pedas’ daripada netizen, Shima menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.

Bagaimanapun, hasil tinjauan Kosmo! Online terhadap video muzik Sejenak Sendiri dalam YouTube mendapati tiada adegan penari berseluar dalam dipaparkan seperti yang dikongsikan menerusi Instagram.

Sejak dilancarkan sekitar 15 jam lalu, video muzik Sejenak Sendiri sudah memperoleh sejumlah hampir 8,000 tontonan dalam YouTube.

Rata-rata pendengar memuji lagu ciptaan Ipoenk ZA itu sungguh menusuk hati selain sedap didengari.

Shima sebelum ini sudah beberapa kali dikecam netizen atas tindakannya yang kurang menyenangkan.

Antaranya dia pernah meluahkan keinginan untuk menjadi sebahagian daripada model seluar dan baju dalam sebuah jenama terkenal antarabangsa.

Kata Shima, segelintir selebriti tempatan sudah pun menjadi wajah bagi memperagakan jenama tersebut, tetapi hanya dia masih belum dirisik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI