fbpx

Bilionair hasilkan sejuta kali ganda gas pencemaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKTIVIS Oxfam mengadakan protes membantah pengeluaran gas rumah hijau di Garmisch Partenkirchen, selatan Jerman pada 26 Jun lalu. - AFP

NEW YORK – Gaya hidup golongan bilionair menghasilkan gas rumah hijau melebihi seribu kali ganda lebih tinggi berbanding orang biasa, demikian menurut laporan baharu seperti laporan laman berita Wion News kelmarin.

Kumpulan-kumpulan amal yang bekerja memerangi kemiskinan global, Oxfam mengeluarkan laporan baharu bertajuk Carbon Billionaires: The investment emissions of the world’s richest people itu kelmarin. 

Dalam laporan mereka, pasukan penyelidik Oxfam menggunakan data terbuka untuk membuat analisis, justeru, bilionair-bilionair yang merahsiakan emisi mereka tidak termasuk dalam laporan itu dan berkemungkinan penyumbang terbesar gas rumah hijau. 

Laporan sama mendapati kelompok manusia terkaya dunia bertanggungjawab dalam penghasilan gas rumah hijau sejuta kali ganda lebih tinggi berbanding orang biasa melibatkan aspek pelaburan. 

“Pengeluaran gas pencemaran disebabkan gaya hidup bilionair termasuk penggunaan kerap jet peribadi dan kapal layar, adalah seribu kali ganda lebih tinggi berbanding orang biasa. 

“Ini tidak boleh diterima sama sekali. Bagaimanapun, sekiranya kita lihat kepada pencemaran akibat pelaburan mereka, pengeluaran karbon mereka adalah sejuta kali ganda lebih tinggi,” kata Ketua Perubahan Iklim Oxfam, Nafkote Dabi dalam satu siaran akhbar. 

Laporan Oxfam mendapati pelaburan hanya seramai 125 bilionair bertanggungjawab kepada pengeluaran 393 juta tan gas karbon dioksida (gas rumah hijau) setiap tahun, manakala angka tersebut menyamai jumlah pengeluaran gas karbon dioksida keseluruhan Perancis. 

Kelompok teratas 125 bilionair itu memiliki kepentingan keseluruhan berjumlah AS$2.4 trilion (RM11.4 trilion) dalam 183 syarikat yang mengeluarkan paling banyak gas rumah hijau. 

Pelaburan oleh bilionair-bilionair mengeluarkan purata 3 juta tan gas karbon dioksida oleh setiap bilionair iaitu satu juta kali ganda lebih tinggi berbanding 2.76 tan gas sama yang dihasilkan oleh setiap penduduk dunia. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI