fbpx

Pengusaha kedai jumpa baung bercorak kalimah Allah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Inilah ikan baung yang memiliki corak seakan-akan kalimah Allah.

HULU TERENGGANU – Seorang pengusaha kedai makan terkejut apabila seekor ikan baung yang disiangnya memiliki corak badan seakan-akan kalimah Allah.

Mohd. Asari Salleh, 61, yang mengusahakan Warung Makan Kepala Retok berkata, baung istimewa itu adalah sebahagian daripada 20 kilogram (kg) ikan yang dibelinya daripada peraih di Manir, Kuala Terengganu.

“Menu istimewa kedai makan yang saya usahakan sejak empat tahun ialah ikan baung masak tempoyak.

“Seperti biasa, 20kg ikan baung digunakan setiap hari untuk masakan tersebut, namun hari itu (19 September lalu), saya perasan salah seekornya mempunyai corak seakan-akan kalimah Allah,” katanya ketika ditemui di kedai makannya di Kampung Kuala Pueh di sini semalam.

Menurutnya, dia beristighfar apabila melihat kebesaran Allah itu dan tidak tergamak untuk memasak ikan baung berkenaan.

Katanya, baung tersebut dise­juk beku sehingga kini dan bercadang mahu mengawetnya bagi memastikan corak seakan-akan kalimah Allah pada badan ikan berkenaan terus terpelihara.

“Biasanya permukaan ikan baung tidak memiliki sebarang corak mahupun belang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI