fbpx

Lebih 2,000 anak muda gegor Bera Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Lukman Afiq pada sidang akhbar di Dewan Kompleks UMNO Padang Luas di Bera hari ini.

BERA – Karnival #KeluargaMalaysia : Anak Muda Gegor Bera bakal menggegarkan Bera dengan pelbagai aktiviti menarik terutamanya menerusi acara Santai e-Games yang akan mencungkil bakat anak muda di sini.

Karnival yang bakal menyaksikan lebih 2,000 pengunjung anjuran Miat Qudra Esport itu yang akan diadakan pada 12 November di Dewan Konvensyen Bera serta dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob .

Pengerusi Miat Quadra Esport, Mohamad Lukman Afiq Mohamad Faizal berkata, terdapat tiga segmen utama iaitu acara e-sukan (Santai e-Games), Karnival kerjaya (JaminKerja) dan Konsert Keluarga Malaysia.

Selain itu katanya, terdapat pelbagai aktiviti menarik turut disediakan bagi semua pengunjung seperti ujian pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan motosikal, ‘foodtruck’ dan gerai-gerai jualan.

“E-sukan Malaysia ini bukan sekadar dijadikan hobi, tetapi boleh dijadikan kerjaya sukan dalam kalangan anak muda, malah ramai pemain muda berjaya di peringkat antarabangsa.

“Seramai 190 peserta daripada 38 pasukan akan menyertai aktiviti e-sukan yang pastinya akan menyerlahkan kemahiran mereka dalam e-sukan ini.

“Acara ini menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM25,000 termasuk cabutan bertuah bernilai sehingga RM3,000, selain berpeluang memenangi telefon pintar,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Kompleks UMNO di Padang Luas, di sini hari ini.

Mohamad Lukman Afiq berkata, karnival yang dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) turut menyediakan peluang kerjaya kepada anak muda dalam kawasan Parlimen Bera dan kawasan sekitar.

“E-sukan adalah instrument perpaduan yang terbukti berjaya mengeratkan ukhuwah anak muda di Malaysia tanpa mengira fahaman politik, agama dan budaya.

“Jadi, kami mengalukan penyertaan anak muda Bera dan kawasan sekitar untuk memeriahkan Santai e-Games dan Karnival #KeluargaMalaysia : Anak Muda Gegor Bera pada Sabtu ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI