fbpx

KKM nasihat orang ramai pakai pelitup muka di tempat sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Orang ramai diminta terus mengamalkan langkah pencegahan terutama pemakaian pelitup muka di tempat ramai dan sesak berikutan trend kes positif Covid-19 menunjukkan peningkatan.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan berkata, orang ramai turut diingkatkan untuk mengamalkan penjagaan kebersihan tangan serta mematuhi TRIIS iaitu Test (Uji)), Report (Lapor), Isolate (Asing), dan Seek (Dapatkan).

“Trend kes positif Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia telah menunjukkan peningkatan. Begitu juga dengan bilangan kes kemasukan ke wad dan unit rawatan rapi (ICU) akibat Covid-19.

“Peningkatan ini selari dengan dengan pengesanan sub-varian Omicron XBB di negara ini pada Oktober lalu.

“Bagi memastikan kita mengharungi fasa hidup bersama virus Covid-19 secara terkawal dan dapat melakukan aktiviti kehidupan dengan selamat, orang ramai diingatkan untuk terus amalkan langkah pencegahan,” kata kenyataan itu hari ini.

KKM menjelaskan, vaksin masih berkesan mengurangkan gejala serius akibat jangkitan semua varian virus Covid-1, termasuk XBB.

Justeru, KKM menyeru mereka yang layak untuk seger mengambil vaksin dan dos penggalak dengan mendapatkan temujanji melalui aplikasi MySejahtera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI