fbpx

Jangan marah, kasihan Nabil, saya takut salah cakap – Raisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAISA

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa yang tampil sebagai juri jemputan pada konsert Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) tidak terkesan dengan ajukan pengacara tetap, Nabil Ahmad ketika siaran langsung program berkenaan, Ahad lalu.

Raisa atau nama sebenarnya, Raisa Andriana berkata, dia sempat bertemu Nabil di konti Era FM keesokan hari selepas berlakunya insiden terbabit dan tidak mengambil hati dengan tindakan pengacara serta pelawak terkenal itu.

“Jangan marah Nabil, kasihan dia. Lagipun, dia bercakap sangat laju sehingga saya tak perasan apa yang disampaikan,“ ujarnya.

Menurutnya, dia menggunakan bahasa Inggeris sebagai alat berkomunikasi semasa memberikan komen kerana tidak yakin bercakap bahasa Indonesia.

“Sejujurnya, saya takut salah cakap kerana kadang-kadang bahasa Indonesia mempunyai perbezaan maksud dengan bahasa Malaysia.

“Kalau menggunakan bahasa Inggeris konteksnya akan jadi lebih tepat dan tidak salah erti,” katanya kepada Kosmo! Online sidang media konsert Raisa Live In Malaysia di sebuah hotel terkemuka ibu negara sebentar tadi.

Dedah Raisa, 32, semasa konsert berlangsung, pengarah konsert mendekati Raisa dan memberitahunya untuk terus menggunakan bahasa Malaysia untuk mudah difahami semua penonton.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan netizen mahu Nabil supaya menghormati Raisa dengan berhenti mengajuk penyanyi itu yang lebih selesa memberikan kritikan menggunakan bahasa Inggeris.

Perkara tersebut menjadi perhatian netizen dalam media sosial ketika siaran langsung GV9 apabila Nabil, 39, mengajuk pelantun lagu Kali Kedua yang memberikan kritikan menggunakan bahasa Inggeris pada Ahad lalu

Nabil meninggalkan komen berseloroh terhadap Raisa yang memiliki hampir 40 juta pengikut Instagram berbunyi: “Menyesallah tu ‘speaking’ English tadi kan Raisa.” – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI