fbpx

PRU15: Tidak perlu jadi YB untuk beri khidmat kepada rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Boon Chye (kanan) bercakap pada sidang akhbar di pejabat PKR Perak di Medan Istana, Ipoh hari ini.

IPOH – Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua diminta kembali semula kepada perjuangan parti dengan tidak meneruskan niat beliau bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Batu.

Bekas Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye berkata, tanpa menjadi wakil rakyat pun, Tian Chua masih boleh meneruskan sumbangan dan khidmat beliau kepada masyarakat.

“PRU (pilihan raya umum) ini bukan sebab individu atau siapa mahu jadi YB (Yang Berhormat). Tidak bermakna apabila tidak menjadi wakil rakyat, kita tidak boleh berkhidmat dan meneruskan perjuangan.

“Jadi saya berharap Tian Chua tarik diri dan kembali ke pangkal yang betul untuk teruskan wadah perjuangan. Berilah sokongan kepada calon PH (Pakatan Harapan) supaya menang Parlimen Batu.

“Ini seruan saya, bukan setakat bagi pihak parti tetapi juga sebagai rakan lama beliau selama lebih 20 tahun,” katanya pada sidang akhbar di pejabat PKR Perak di sini hari ini.

Menurut Boon Chye yang juga jurucakap Bilik Gerakan Utama PKR Perak, menjadi perkara biasa untuk seseorang berasa kecewa apabila tidak dinamakan sebagai calon namun ia sama sekali tidak boleh menggugat perjuangan parti.

Katanya, tindakan Tian Chua bertanding sebagai calon Bebas akan memecah undi sekali gus memenangkan calon Barisan Nasional (BN).

“Kita mesti teruskan perjuangan sama ada kita jadi YB atau tidak. Ini mesej yang paling penting untuk saya kepada Tian Chua. Teruskan perjuangan tanpa gelaran YB dan jadi wakil rakyat,” katanya.

Sementara itu, mengulas tindakan Tian Chua memohon maaf kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Boon Chye berkata, permohonan maaf itu sepatutnya turut diberikan kepada penyokongnya selama ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI