fbpx

Gadis panik ‘terperangkap’ dalam bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menyaksikan seorang gadis yang terperangkap di ruangan mesin ATM selepas mengambil duitnya semalam

PETALING JAYA – Seorang gadis panik selepas terperangkap di ruangan mesin ATM selepas mengambil duit semalam.

Video yang tular di TikTok menerusi akaun @chahadah55 memaparlan detik cemas gadis tersebut yang menangis sambil meminta tolong kawannya yang berada di luar itu dalam kejadian kira-kira pukul 12 malam.

Kejadian itu sekali gus mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang turut sama panik melihat kejadian yang dialami gadis tersebut.

“Ya Allah macam mana kalau masa itu nak terberak atau terkencing, takkan nak tahan sampai pagi esok?,” komen seorang netizen.

“Semalam nyaris-nyaris isteri saya terkena macam ini, nasib baik anak tak bagi masuk, kalau tidak, sudah pasti akan ada juga video macam ini, memang trauma dibuatnya,” tulis seorang lagi netizen.

“Pernah terkena, masani cuak juga. Nasib baik ada pakcik yang ajar tekan butang tepi, Alhamdulillah dapat juga saya keluar,” tulisn netizen yang lainnya.

Sementara itu, ada antara netizen mempersoalkan keberadaan pengawal keselamatan atau pihak berkenaan yang sepatutnya peka dan bersedia dengan perkara sebegini.

“Takkan tiada pengawal keselamatan di bank? Mustahil sebab mestilah setiap bank akan ada pengawal keselamatan,” komen pengguna media sosial.

“Ada CCTV takkan tiada orang pantau atau mana pengawal keselamatan? Ya Allah kalau jadi dekat saya ini tak tahu nak cakap macam mana,” komen netizen yang lainnya.

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah meraih lebih 700,000 tontonan, 40,400 tanda suka dengan 290 perkongsian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI