fbpx

Enam mangsa termasuk bayi cedera dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah motorsikal dan kereta jenis Perodua Myvi antara kenderaan yang dihempap pokok susulan hujan lebat dan angin kencang di Jalan Mahkota, Taman Maluri, di sini, petang tadi.

KUALA LUMPUR – Enam mangsa termasuk seorang bayi berusia dua tahun cedera selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap pokok tumbang susulan hujan lebat di Jalan Mahkota, Taman Maluri, di sini, petang tadi.

Kesemua mangsa terdiri daripada dua warga emas, dua dewasa, seorang kanak-kanak dan seorang bayi dikejarkan ke Hospital Ampang bagi menerima rawatan.

Menurut Komander Operasi, Mazuri Mat Zain, sebanyak 18 anggota dan empat jentera daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Hang Tuan dan Bandar Tun Razak bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 4.07 petang itu.

“Pihak kami tiba sekitar 11 minit kemudian dan mendapati terdapat tiga kereta dan sebuah motosikal yang melalui Jalan Mahkota berhadapan sebuah bank dihempap pokok tumbang.

“Kejadian pokok tumbang didapati berlaku disebabkan hujan lebat dan angin kencang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil pemeriksaan pihaknya, tiga kenderaan yang dihempap pokok adalah Perodua Myvi, BMW berwarna hitam dan Nissan Almera, manakala motosikal pula sebuah Honda RS150.

“Empat daripada mangsa terdiri melibatkan satu keluarga menaiki Perodua Myvi dan kesemua mereka mengalami trauma serta kecederaan kecil.

”Sementara itu, dua lagi mangsa merupakan penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan kaki dan luka,” jelasnya.

Rentetan itu, tindakan bomba bertindak memotong dan mengalihkan pokok tersebut bagi membuka laluan yang terhalang.

Operasi turut dibantu oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam (APAM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI