fbpx

Serpihan roket China tanpa kawalan diramal memasuki atmosfera Bumi hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROKET Long March 5B yang membawa modul sains Mengtian ke stesen angkasa Tiangong berlepas dari Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang di wilayah Hainan, selatan China pada Isnin lalu. - AFP

BEIJING – Sebuah roket besar milik China jatuh kembali ke Bumi dalam junaman di luar kawalan pada hujung minggu ini, manakala saintis-saintis memberi amaran, serpihannya boleh terhempas di mana-mana sahaja, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Serpihan roket Long March 5B dengan berat sekitar 21 tan itu dijangka memasuki semula atmosfera Bumi hari ini, demikian menurut beberapa pakar aeroangkasa yang berusaha meramal lokasi serpihan-serpihan itu terhempas. 

Pihak berkuasa China diminta memberikan maklumat lanjut mengenai situasi terkini selepas roket itu dilancarkan dari Stesen Angkasa Lepas Tiangong Isnin lalu.

Ketua Projek di Perbadanan Aeroangkasa bagi Kajian Serpihan Orbit dan Kemasukan Semula (CORDS), Gregory Henning berkata, masih banyak ketidakpastian dalam data dan model untuk membuat ramalan berhubung perkara itu. 

“Apabila altitud badan roket itu berkurangan dan semakin menghampiri atmosfera Bumi, kebarangkalian lokasi ia terhempas akan semakin mengecil.

“Bagaimanapun, lokasi sebenar tersebut hanya akan diketahui apabila serpihan roket itu benar-benar memasuki atmosfera Bumi,” kata Henning kepada akhbar Daily Mail.

Insiden serupa terbaharu berlaku pada Julai lalu selepas serpihan penggalak roket China menjunam dan terhempas di Lautan Hindi dekat Malaysia.

Dalam insiden tersebut, pakar-pakar gagal mendedahkan lokasi sebenar serpihan roket China jatuh selepas orang ramai bimbang ia akan terhempas di bandar atau perkampungan berpenduduk.

Walaupun bandar-bandar besar sekali lagi diramal selamat daripada serpihan roket yang jatuh pada kali ini, Henning berkata, 88 peratus populasi dunia tinggal dalam latitud atau kawasan di mana serpihan roket Long March 5B dijangka jatuh.

Kebarangkalian serpihan roket itu menimpa manusia bagaimanapun sangat kecil iaitu sekitar enam dalam 10 trilion.

Bahagian teras roket seberat 20 tan itu terpisah dalam misi untuk menghantar modul baharu ke stesen angkasa lepas China. Roket Long March 5B seberat 23 tan dan membawa modul makmal Wentian itu berlepas dari Pulau Hainan.

Ini adalah kali keempat agensi angkasa lepas China membenarkan pelepasan luar kawalan yang boleh membawa maut dalam tempoh beberapa tahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI