fbpx

PR15: Bersatu Jasin lumpuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustaffar Ahmad (dua dari kiri) dan Azalina bersama-sama pimpinan Bersatu Bahagian Jasin mengumumkan keluar parti dalam sidang akhbar di Ayer Keroh, Melaka, hari ini. FOTO/ AMRAN MULUP

MELAKA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Jasin lumpuh selepas sebahagian besar pucuk kepimpinan mengumumkan keluar parti dalam satu sidang akhbar tergempar di Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Turut sebulat suara membuat keputusan sama adalah Srikandi Bersatu di kesemua 24 cawangan di Jasin, cawangan di bawah Bahagian Hang Tuah Jaya dan Alor Gajah membabitkan kira-kira 320 ahli penggerak.

Timbalan Ketua Bahagian Jasin, Mustaffar Ahmad berkata, keputusan itu terpaksa diambil selepas meragui kedudukan serta hala tuju parti Bersatu di bawah kepimpinan Dr. Mohd. Yadzil Yaakub.

“Mesyuarat Bersatu Bahagian Jasin tidak pernah berjaya dilaksanakan termasuklah Persidangan Agung Tahunan Bahagian Jasin, jadi bagaimana kelemahan pentadbiran serta kegagalan di peringkat bahagian ini dilihat boleh memperkasakan Bersatu Melaka?.

“Kegagalan mengadakan program serta aktiviti parti bersama masyarakat diperingkat bahagian dan negeri adalah bukti nyata kegagalan beliau memimpin Bersatu Melaka,”katanya pada sidang akhbar di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambahnya, antara pimpinan tertinggi bahagian itu yang melepaskan jawatan termasuk Timbalan Ketua Bahagian, Setiausaha Bahagian serta semua jawatankuasa bahagian.

Mengulas lanjut beliau berkata, Ketua Badan Pimpinan Bersatu itu juga dilihat gagal mempertahankan kerusi-kerusi Bersatu yang berpeluang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sebaliknya dilepaskan kepada rakan komponen seperti kejadian di Parlimen Tangga Batu dan Parlimen Jasin.

Sementara itu, Ketua Srikandi Bersatu negeri, Azalina Abdul Rahman memberitahu, keputusan keluar parti dan melepaskan semua jawatan disandangnya adalah kekecewaan yang dizahirkan berhubung tindakan Bersatu mengenepikan pelapis sendiri sebagai calon pada PRU15.

“Menghairankan calon PRU15 bagi Perikatan Nasional (PN) ini bukanlah ahli kepada mana-mana parti komponen tetapi telah diangkat dari parti musuh sendiri yang kecewa namanya tidak berada dalam senarai calon parti mereka.

“Dalam keghairahan Perikatan Nasional (PN) untuk menang, tergambar golongan wanita dipinggirkan yang mana jumlah calon wanita tidak sampai sembilan peratus daripada jumlah kedudukan kerusi di Semenanjung,” katanya.

Katanya, dengan keputusan itu Srikandi Bahagian Jasin telah terbubar apabila keseluruhan struktur sepakat meletakkan jawatan, begitu juga struktur jawatan lantikan di peringkat negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI